international languages China Japan Korea Germany Spain
Home About Us Our People What We Do Resources and Information What's New Careers and Alumni Contact Us
 
 
 
 
NOTIS DATA PERIBADI DAN PRIVASI

Shearn Delamore & Co (Firma ini) menghormati privasi anda.
Kami menganggap dan memandang serius data peribadi anda.

Notis Data Peribadi dan Privasi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan kami selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.

1. Pengumpulan Maklumat & Data Peribadi

Sewaktu anda berurusan dengan kami, kami akan meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda, organisasi anda, pekerja-pekerja anda dan/atau pelanggan-pelanggan anda ("Data Peribadiā€) untuk membolehkan kami berurus niaga dengan anda atau menyediakan perkhidmatan dan/atau deliverables yang perlu berhubungan dengan perniagaan kami.

Data Peribadi tersebut mungkin termasuk maklumat tentang nama menurut kad pengenalan, nama pilihan, nombor kad pengenalan, umur, nombor hubungan, alamat kediaman, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, pekerjaan, jawatan, butiran akaun bank, maklumat isteri / anak seperti nama dan tarikh lahir, maklumat tentang kesihatan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, pensabitan atau pentuduhan pensabitan suatu kesalahan dan data lain yang diperlukan bagi pelaksanaan perkhidmatan kami kepada anda.

2. Mengapakah kami mengumpul Data Peribadi?

Pengumpulan data peribadi adalah relevan berhubungan dengan proses perniagaan, pelaksanaan kami, termasuk penyampaian perkhidmatan dan/atau deliverables dan pengurusan perhubungan pelanggan.

Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan dikumpul, digunakan dan sebaliknya diproses oleh kami antara lainnya bagi tujuan berikut:

  1. penyampaian perkhidmatan atau deliverables dan pemasaran perkhidmatan atau deliverables tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;
  2. untuk memudahkan pembayaran untuk perkhidmatan kami;
  3. prosedur pengurusan hubungan ahli atau pelanggan;
  4. tujuan diperuntukkan secara khusus dalam mana-mana perkhidmatan tertentu atau deliverable yang ditawarkan oleh kami;
  5. menjalankan program latihan dan kesedaran, aktiviti promosi pelanggan, pemasaran dan aktiviti profiling pelanggan berkaitan dengan perkhidmatan kami dan deliverables yang berkaitan;
  6. penyimpanan rekod dalaman kami;
  7. mamatuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan deliverables oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami; dan
  8. membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media sosial tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga tertentu yang kami anggap mungkin menarik minat anda.
3. Apakah kesan yang berbangkit daripada kegagalan untuk menyediakan Data Peribadi?

Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi akan/mungkin:-

  1. menyebabkan kami tidak dapat memberikan perkhidmatan dan/atau delieverables yang diminta kepada pelanggan;
  2. mengakibatkan kami tidak dapat memaklumkan kepada anda mengenai perkembangan undang-undang, perkhidmatan kami, deliverables dan / atau pelancaran; dan
  3. menyebabkan ketidakupayaan anda untuk menerima jemputan bagi aktiviti promosi yang dianjurkan oleh kami / ejen kami.
4. Pendedahan

Data Peribadi yang diberikan kepada kami secara amnya akan dirahsiakan tetapi anda dengan ini membenarkan dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan atau mendedahkan Data Peribadi kepada kategori pihak-pihak berikut:-

  1. mana-mana orang dimana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai respons kepada agensi kompeten atau kerajaan;
  2. agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  3. juruaudit, perunding, akauntan, syarikat insurans, peguam kami atau penasihat kewangan atau profesional kami dan Majlis Peguam; dan
  4. subkontraktor kami atau penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga sebagaimana kami anggap perlu atau sesuai.
5. Pelindung

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dalam cara yang selamat. Kami akan berusaha sedaya upaya, di mana praktik, untuk melaksanakan pelindung dan prosedur pentadbiran dan keselamatan dan prosedur selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi dalam cara yang tidak dibenarkan atau tidak sah dan kehilangan atau kemusnahan atau kerosakan pada Data Peribadi dalam cara yang tidak disengajakan.

6. Pemindahan & Perkongsian Data

Sekiranya kami menganggapnya perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data atau untuk menyediakan sebarang perkhidmatan atau deliverables bagi pihak kami kepada anda, kami boleh memindahkan Data Peribadi kepada penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar negara di mana kami ditubuhkan, dalam keadaan sulit dan tahap pelindung keselamatan yang serupa.

7. Hak anda terhadap akses dan pembetulan

Anda berhak meminta akses kepada dan pembetulan Data Peribadi yang disimpan oleh kami dan dalam perkara ini, anda boleh:

  1. (a) menyemak sama ada kami menyimpan atau menggunakan Data Peribadi dan meminta akses kepada data tersebut;
  2. (b) meminta agar kami membetulkan sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman;
  3. (c) meminta agar kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedurnya berhubung dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami.

Permintaan bertulis bagi mendapatkan akses kepada Data Peribadi atau pembetulan terhadap Data Peribadi atau untuk maklumat mengenai dasar-dasar dan prosedur dan jenis Data Peribadi dikendalikan oleh kami boleh dibuat kepada:

Pegawai PDPA
Shearn Delamore & Co.
Alamat: 7th Floor Wisma Hamzah-Kwong Hing
 No. 1 Leboh Ampang
 50100 Kuala Lumpur
 Malaysia
Talipon:603-2027 2727
Fax:603-2078 5625
Email:PDPAofficer@shearndelamore.com
© Shearn Delamore & Co. Disclaimers & Terms of Use | Privacy Policy
This page requires the Adobe Flash Player version 7 or higher
Best viewed at 1024 x 768